Cursors
greysky
Bigoo.ws All for your blog










   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Friday, March 31, 2006
Terbaik buatkmu - Tangga (indonesian)

Tangga - Terbaik buatmu <-- Click sini untuk video clip..

Dapat lagu ni, waktu tengah search lagu kumpulan lain - title "Terbaik untukmu" Memang tak hengat langsung nama band yang nyanyi lagu tuh.. so just download sahaja... Frust lah jugak bila dengar lagu ni, sebab nak sangat dengar lagu terbaik buatmu dari band lain.. Sampai skrg ni, tak tahu lah nama band tuh.. nak kena minta dengan Da.. senang citer.. suruh dia kirim cd.. hu hu hu.. harga cd diindo ada murah sikit..  original lagi.

bila dengar part chorus... and then hayati bait-bait lirik dia.. best pulak..

ok.. enjoy dengar lagu ni...

 

 


Posted at 08:11 pm by PoetryArts
Make a comment  

Thursday, March 30, 2006
Ice Age 2

Baru jer tengok 1st movie ni kuar.. AwalČ lagi dah call booking untuk tgk movie ni.. kebetulan boss pun pi tgk projek.. and then kerja pun banyak yang disiapkan kelmarin.. So apa lagi... tengok wayang ler... Pilih jam 12:00.. and habis dalam jam 1:30 pm. Kalau waktu lain.. tak pasti lagi kalau dapat tengok ke tak...Bagi 5 bintang.. memang kelakar giler.. lebih-lebih lagi part tupai tuh.. memang gelak habis.

So.. jengok-jengoklah panggung untuk tgk movie ni.. BEST!!! 5 star


Posted at 04:58 pm by PoetryArts
Make a comment  

Friday, March 24, 2006
Cara Untuk Melupakan Seseorang

Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..

Sejak kebelakangan ni, rasa rindu makin menebal.. tapi hanya doa agar dia bertemu dengan yang lebih baik dan sesuai untuk diri dia.. Walaupun rindu dengan suara dia, dengan kata nasihat dia...

Tak kan lupa perjumpaan pertama berjumpa dengan dia di Puchong dengan Kak A. then di KLIA.

Dah lama jugak tak pi laman web darul numan.. check pada list persoalan agama.. jumpa title "Cara untuk melupakan seseorang"

Doa apakah yang perlu dibaca untuk kita melupakan seseorang? 

Jawapan:
    Hidup yang berkat adalah dengan menyerahkan segala urusan kita hanya kepada Allah semata. Untuk menjadi insan yang beriman dan wanita solehah itu ialah dengan menjalankan segala yang diperintahkan Allah dan meninggalkan segala yang dilarangNya. Jika ketentuan dan aturan Islam itu dapat kita amalkan maka Insya Allah, kita akan dijaga oleh Allah daripada segala sesuatu yang membahayakan diri kita.

    Lakukanlah amalan-amalan wajib dan tambahkanlah dengan amalan-amalan sunat. Kemudian setelah solat berdoalah dengan mengharapkan rahmat-Nya agar segala gangguan yang menghantui pemikiran kita dapat disingkirkan, cukup berdoa dengan bahasa kita sendiri yang kita fahami keinginan dan maksudnya. Begitu lengkapnya ajaran Islam sehingga ketika ingin tidurpun ada doa yang mesti kita amalkan sehingga diri kita tidak diganggu oleh pengaruh buruk dari luar. Disamping membaca doa tidur, kita juga dianjurkan membaca surah al Fatihah, ayat Kursi, surah al Ikhlas, surah al Falaq dan surah An Nas. Dengan mengamalkan surah-surah tersebut, insya Allah dapat berperanan sebagai pendinding orang mukmin dari gangguan manusia mahupun makhluk halus.

    Begitu jugalah dengan masalah yang anda hadapi, boleh mengamalkan surah-surah tersebut sebagai pendinding, namun jika ingatnya anda kepada seseorang itu kerana cinta anda yang mendalam atau rasa kasih sayang, sedangkan anda berharap kepada Allah agar dijodohkan dengannya, maka berdoalah kepada Allah agar minda anda menjadi tenang dan tidak terlalu menuruti perasaan. Wallahu A'lam.


Posted at 07:09 pm by PoetryArts
Make a comment  

Tuesday, March 21, 2006
Zup... Zap!!!!

Hari ni kerja setengah hari jer... Awal-awal lagi dah siapkan kerja-kerja yang tertunggak.. Dalam kepala, hanya ingat 1.. nak potong rambut!

Memula ingatkan nak pi tempat kazen rekomen.. tapi memandangkan dia pulak last minit tak dapat join, so pilih lah tempat biasa.. and luckly tukang gunting rambut yang best pulak ada.. selalunya susah sangat nak nampak.. sebab biasa pi kedai yang 1 lagi..

Tanya potongan macam mana yang sesuai.. and then dia kata.. since your hair dah pendek.. so kasi potong layer.. and then kasi nipis sikit.. so dia pun mulakan kerja memotong rambut.. memula ingatkan dia nak potong sikit.. rupanya.. aduih.. bila tengok dia potong rambut panjang.. alamak.. sure boy cut ni.. aduih.. sikit menyesal pun ada.. terfikir macam mana nak pi kerja esok.. tak kan lah nak pakai topi... sepanjang dia memotong, sepanjang masa itulah hati zup! zap!... aduih...

Waktu dia berhenti seketika, sebab ada customer yang panggil.. ingatkan dah ler selesai potong... tengok muka dengan rambut baru.. dengan rambut atas ada kembang sikit dengan potongan rambut belakang nipis... Sah! dah jadi rambut trojan lah pulak pas ni...fikir kat mana nak beli topi.. fikir esok nak pakai jeans!

Then dia datang balik.. dia kata bagi nipis.. part nipiskan rambut ni.. ada sikit lega.. rupanya belum habis lagi dia gunting... bila dah final part. ada sikit puas hati.. and then memang dia buat style chinese... ada tegak tegak sikit rambut... kalau cicak jatuh sure pengsan sekejap.. tapi still nampak lady lah... potongan ala-ala pompuan gitu...

tapi apa pun..Zup! zap! hilang.....


Posted at 03:38 pm by PoetryArts
Comments (1)  

Previous Page Next Page